[SRv2.0] Komponen Kelima : SistemSEO
Author: Rakan Niaga Online
Salam sejahtera,
Jika semalam kita diperkenalkan dengan SistemFokus,
hari ini saya akan menyambung siri emel pengenalan
SistemRahsia v.2.0 dengan komponen yang terakhir
iaitu SistemSEO.
Apa itu SEO? Dan apa itu SistemSEO?
SEO bermaksud Search Engine Optimization dan jika
diterangkan di dalam bahasa Malaysia ia bermaksud
Optimisasi Enjin Carian. Enjin carian disini sebagai
contoh adalah seperti Google.com, Yahoo.com.
MSN.com, dan Ask.com.
Hanafi,
Tahukah anda, untuk berada di dalam senarai top-10
di dalam SERP (Search Engine Results Page) untuk katakunci
(keywords) tertentu, anda perlu melakukan SEO terhadap
laman web anda?
Bagaimana?
Salah satunya adalah dengan mendapatkan sebanyak
yang boleh link-link yang relevan yang menuju ke (pointing)
laman web anda. Ia dinamakan backlink. Relevan disini
bermaksud laman web yang mempunyai link ke laman
web anda adalah relevan dengan jenis perniagaan
laman web anda.
Cara lain?
Terdapat pelbagai lagi cara yang anda boleh lakukan
untuk melakukan SEO terhadap laman web anda. Dan
boleh dikatakan SEO adalah cara pemasaran yang paling
menjimatkan wang anda, namun ianya akan memakan
masa yang banyak.
Akan tetapi, walaupun SEO adalah cara pemasaran yang
paling menjimatkan, namun terdapat sesetengah alatan (tools)
dan juga perisian (software) yang anda perlu bayar
pada kadar yang tinggi di dalam matawang US Dollar untuk
menggunakannya.
Sebagai contoh disini perisian SEOElite. anda
boleh melihat sendiri apa itu SEOElite di:
http://getresponse.net/t/9573711/646041/213552831/2/
Lihat harganya...USD $167, kira-kira RM 560!
Bayangkan anda seorang usahawan Internet yang baru
hendak bermula, jumlah sebegitu adalah terlalu besar, kan?
Jika anda masih baru di dalam perniagaan Internet,
membeli perisian-perisian atau alatan-alatan yang berharga
tinggi bukanlah satu keputusan yang bijak dimana laman
web anda sendiri masih belum dapat memberikan hasil
yang boleh dijamin dan konsisten.
Jadi, pilihannya adalah dengan menggunakan perisian-perisian
dan alatan-alatan PERCUMA untuk membantu laman web
anda berada di dalam senarai top-10 untuk katakunci
target laman web perniagaan Internet anda.
Maka, dengan itu terhasillah SistemSEO, dimana ia merupakan
sebuah video yang akan membongkar 20 alatan yang akan membantu
kerja-kerja SEO anda. Video ini didatangkan
dengan transkrip PDF yang akan membantu anda sekiranya
anda kurang memahami apa yang dituturkan di dalam video
tersebut.
Dan buat pengetahuan anda, video dan juga transkrip
PDF di dalam SistemSEO ini keseluruhannya di dalam bahasa
Inggeris, dan bukannya bahasa Malaysia.
Jadi anda, jika anda kekurangan bajet untuk mendapatkan
perisian dan alatan yang mahal untuk tujuan SEO laman web
anda, mengapa tidak memilih yang percuma?
SistemSEO ada 20 alatan percuma untuk anda gunakan
beserta tutorial ringkas bagaimana untuk menggunakannya.
Jadi anda, dapatkan segera pakej SistemRahsia v.2.0
anda sekarang dengan hanya RM50. Tempahlah sekarang
di:
Dan esok adalah siri emel terakhir pengenalan kepada
SistemRahsia v2.0. ini. Saya akan menulis sedikit
rangkuman mengenainya, dan pastikan anda tidak
ketinggalan untuk membaca siri emel yang terakhir, esok.
Sehingga berjumpa lagi,
Demi kejayaan online anda,
Mohd Hanafi,
hanafi_ragno@yahoo.com
www.rakanniagaonline.blogspot.com
0 Comment
Kepentingan feedburner
Author: Rakan Niaga Online
Feedburner adalah perkhidmatan yang penting bagi memudahkan pelawat membaca laman web kita. Ianya bekerja dengan menguruskan suapan(feed) RSS kita dan menjadikannya lebih menarik.Kita boleh register perkhidmatan ini secara percuma dengan memberikan alamat suapan (feed). Selepas mendaftar(register) ,kita akan disediakan beberapa (pilihan)option bagi mempromosikan kandungan laman web kita.
Kita boleh meningkatkan suapan kita supaya lebih compatible untuk dicapai oleh pelawat-pelawat lain.Feedburner juga memberi pilihan kepada kita membuat bookmark atau item emel kepada suapan kita.Ini bermakna kita boleh membuat add link,foto,maklumat dan menukar tajuk suapan kita.
Dengan Feedburner kita juga boleh menukar feed kepada HTML,membuat ping secara automatik bila mengemaskini dan menambah email subscription kepada suapan kita.Lihat saja di bawah “publicize” banyak pilihan yang membolehkan laman web kita mudah ditemui pelawat.
[SRv2.0] Komponen Keempat :Sistem Fokus
Author: Rakan Niaga Online
Salam Sejahtera,
Bertemu lagi kita di siri yang seterusnya.
Untuk siri emel ini saya akan menceritakan
serba sedikit mengenai komponen SistemRahsia
versi 2.0 yang seterusnya iaitu SistemFokus.
Baiklah anda, pernahkah anda mengalami
satu keadaan, dimana anda tidak dapat untuk
fokus di dalam kerja-kerja harian di Internet anda?
Pernahkah anda gagal untuk menyiapkan
sesuatu kerja yang anda rasakan mesti disiapkan
hari ini, tetapi dek kerana hilangnya fokus anda,
kerja tersebut tertangguh dan gagal disiapkan?
Jika YA jawapan anda, saya ada penyelesaian
untuk anda.
SistemFokus.
Apa yang anda akan pelajari di dalam SistemFokus
adalah:
* Ketahui apa itu Attention Deficit Disorder (ADD) dan
simptom-simptomya.
* Bagaimana untuk mengatasi penyakit information
overload.
* Bagaimana untuk menigkatkan produktiviti anda
dengan menggunakan pelayar web Firefox dan juga
akaun emel GMail.
* Kuasa 'nota kuning' yang akan membantu meningkatkan
pendapatan Internet anda!
* Dan banyak lagi...
Baiklah, cukup untuk senarai diatas, saya rasa ianya sudah
cukup untuk menggambarkan 'isi dalam' ebook panduan praktikal
SistemFokus ini.
Cukup sampai disini sahaja, esok kita akan berjumpa
lagi dalam siri emel yang seterusnya, dimana anda
akan diterangkan mengenai sistem terakhir di dalam komponen
SistemRahsia versi 2.0, iaitu SistemSEO.
Jika anda sudah berminat untuk mendapatkan pakej
SistemRahsia ini, anda boleh mengunjungi link ini:
Demi kejayaan online anda,
Mohd Hanafi
www.rakanniagaonline.blogspot.com
Rakan Niaga Online
Author: Rakan Niaga Online
rakanniagaonline.blogspot.com
